Latar Belakang Tabika

SELAMAT DATANG KE BLOG
TABIKA KEMAS JAMBU SAYANG


Tabika ini dibuka pada tarikh 07 Januari 2012. Keluasan Tabika Kemas Jambu Sayang dianggarkan 237.94 meter persegi. Mempunyai sebuah ruang dapur, dua bilik air, ruang bilik darjah, ruang menunggu, ruang pentadbiran, sebuah pentas dan sebuah stor. Manakala bahagian luarnya pula (bahagian belakang bangunan) terdapat peralatan permainan luar dan sebuah padang permainan ( dihadapan pagar bangunan). Mempunyai sudut-sudut yang bertunjangkan enam (6) kompenen mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Beroperasi secara rutin dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Manakala setengah jam lagi untuk Kelas Iqra' pada hari Ahad sehingga Selasa dan Kelas Membaca Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris setiap Rabu dan Khamis.

Pihak kami menyediakan pembelajaran mengikut Kurikulum Prasekolah dengan pelbagai activiti pembelajaran yang telah dirancang seperti pertandingan-pertandingan, aktiviti sukan, sambutan harijadi, lawatan sambil belajar secara percuma dan banyak lagi.Pihak kami juga menyediakan makanan-makanan yang seimbang untuk pelajar seperti sarapan pagi dan makan tengahari.




Buku-buku aktiviti kami berikan secara percuma.

No comments:

Post a Comment